Masih segar ingatanku sehingga kini peristiwa yang berlaku awal tingkatan dua dahulu... Masa itu, penyakitku semakin bertambah teruk dan di luar kawalku... Niat di hati teringin hendak membeli burger di depan rumah... Entah macam mana, lepas beli burger, terusku kayuh basikal ke tepi laut... Kulihat langit yang terbentas luas di atas kepalaku... Gerhana bulan... Tanpa berfikir panjang, kukayuh basikalku hingga ke Tanjung...
Kuterasa masa pantas berlalu... Keadaan di sekelilingku berubah secara mendadak... Dari Tanjung, kini kutelah sampai ke Jambatan Pulau Pinang... Basikalku, kutinggalkan begitu saja... Lantas, berjalan kaki mengikut jalan ke jambatan... Semasa berjalan di jambatan, sering kali, aku di honkan oleh motor dan kereta kerana berjalan di atas penghadang jalan yang di tepi... Ramai yang menyangka, aku ingin bunuh diri... Aku tidak tahu aku seberani itu... Berjalan tanpa rasa gayat dan takut di atas penghadang jalan yang mampu memisahkan jasad dan nyawaku...
Hampir saja ke tengah, ku di sapa oleh dua orang lelaki dalam lingkungan 20-an... Mereka berdua menaiki motor mahu menuju ke Seberang... Aku di tanya, hendak pulang atau tidak... Aku berkata kepada mereka, ingin ke Masjid Tuan Guru di Pulau... Mungkin mereka tersalah dengar... Lalu di bawanya aku ke IPD Seberang...
Di seberang, aku merayau ke sana ke mari tanpa ada tujuan... Lapar dan dahaga, tidak terucap kata...
Waktu itu, masih lagi malam.... Dari jauh, sayup kedengaran azan Subuh... Aku melihat sebuah madrasah tidak jauh dari tempat aku berjalan... Yang menghairankan aku sampai sekarang, orang yang berada di dalam madrasah itu, orang yang aku kenal... Dengan rupa parasanya, suaranya... Siap mengalunkan azan dan menjadi iman... Pernah aku bertanya kepada mak tentang orang itu... Mak berkata kepadaku, mana mungkin dia ada di seberang sedangkan naik bas pun tak... Aku terdiam seribu bahasa... Tidak mustahil bagi aku katakan ya dengan apa yang mak katakan... Habis itu, siapa dia di seberang???
Aku terus merayau-rayau, sehingga sampai ke satu masjid... Di hadapan masjid itu terdapat sebuah sekolah agama... Aku pantas memanjat tembok untuk masuk ke tandas... Perkara pelik sekali lagi terjadi... Siling di tandas itu, pada mulanya, tiada apa-apa... Apabila kucedok air dan simbah ke arah siling, jatuh berekor-ekor cicak yang entah dari mana hadirnya...
Setelah hampir seminggu hilang, aku akhirnya di ketemu oleh polis... Di hantarnya aku ke Hospital Jalan Perak di Pulau... Di situlah aku bertemu semula dengan ayah dan abangku...
Aku bersumpah dengan nama Allah Azza Wa Jalla bahawa cerita ini benar semata-mata benar, kerana cerita berlaku ke atas di aku secara sedar dan aku tidak menokoktambah walau sedikitpun cerita ini... Percaya atau tidak, terpulang kepada anda, pembaca...
No comments:
Post a Comment